Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta Petua BTS
Kebanyakan
pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan merupakan titik awal
dalam proses pemarkahan. Pendahuluan yang bebas daripada kesalahan,
mempunyai kesinambungan yang erat antara fakta dengan huaraian berserta
intipan isi yang samar-samar akan menyebabkan pemeriksa terpikat untuk
meneruskan pembacaan, yakni penyemakan sekali gus memberikan markah yang
baik untuk anda dalam peperiksaan. Kali ini, saya akan menggunakan
formula "Bidang (B), Tajuk (T), Soalan (S)"
untuk menghasilkan pendahuluan yang baik. Pembinan karangan ini sesuai
untuk tahap PMR dan SPM, sama ada karangan bergambar mahupun karangan
panjang.
Lihat contoh soalan dan kerangka karangan untuk bahagian
pendahuluan yang akan kita bincangkan di bawah ini:
Soalan:
Isu
gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah
seolah-olah gagal membanteras gejala ini daripada terus menular.
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini semakin
membimbangkan.
Kerangka pendahuluan
B - Masalah sosial
-> semakin membimbangkan
-> mencatatkan peningkatan yang mendadak.
T - Gejala gengsterisme
-> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah
-> bermaharajalela di sekolahS -> banyak faktor
Daripada kerang di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh pendahuluan di bawah:
Pendahuluan Kualiti PMR
Pada
zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat
diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini
demikian kerana kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan
yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi buah mulut masyarakat
ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah
menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster
ini semakin bermaharajalela di alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.
Dalam
keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang
bergerak pantas pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap
menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang
membimbangkan. Hal ini demikian kerana pihak polis mendapati kes
gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak sejak
akhir-akhir ini. Antara masalah sosial yang terus menjadi buah mulut yang
hangat ialah gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar
sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan
menjadi semakin kronik kerana golongan gengster ini semakin
bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya, banyak
faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.
Jika
kita mempunyai kesabaran dan kesungguhan yang konsisten, kejayaan pasti
milik kita. Oleh hal yang demikian, saya berharap para pelajar dapat
menggunakan teknik "B-T-S" untuk menulis karangan yang cemerlang.
SUMBER; http://qcikgubm.blogspot.com/2012/03/teknik-bts-dalam-penulisan-pendahuluan.html
Comments (0)
Post a Comment