JENIS-JENIS
PENDAHULUAN KARANGAN BAHASA MELAYU
1.
Pendahuluan Jenis Definisi
2. Pendahuluan
Jenis Pendapat
3. Pendahuluan
Jenis Suasana
4. Pendahuluan
Jenis Persoalan
5. Pendahuluan
Jenis Peribahasa
6.
Pendahuluan Jenis Sejarah
Tajuk : Isu Penderaan
(Pendahuluan Jenis Definisi)
Dera
bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai
hukuman. Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan
tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya,
penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan
penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak terdapat punca yang
menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.
Tajuk : Kepentingan Bahasa Inggeris
( Pendahuluan Jenis Pendapat)
Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawakita tidak akan mencapai
kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan
bahasa Inggeris. Beliau berkata bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam
dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan
penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita.
menurut beliau, bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada
kepada rakyat mahupun negara.
Tajuk : Gambaran Tentang Kemalangan Ngeri Rumah Tertimbus
( Pendahuluan Jenis Suasana)
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan
manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan
kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan
batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya
menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan. Namun begitu
saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa
yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.
Tajuk : Isu Kemalangan Jalan Raya
( Pendahuluan Jenis Persoalan)
Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada-ada sahaja kemalangan jalan
raya yang dilaporkan di media massa? Hal ini amat membimbangkan terutamanya
menjelang musim perayaan. Siapakah yang patut dipersalahkan, pengguna jalan
raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan
kemalangan ini berlaku?
Tajuk :Rencana "Perpaduan Asas Kemajuan"
(Pendahuluan Jenis Peribahasa)
Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kaya dengan peribahasa yang
meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankanaspek
kerjasama dan perpaduan termasuklah "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni", "Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah",
"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", "Bagai aur dengan
tebing", dan Ibarat Telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua". Semua
peribahasa yang dinyatakan itu sebenarnya membawa konsep kerjasama dan
perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan
sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.
Tajuk: Kemerosotan Sukan Bola Sepak
( Pendahuluan Jenis Sejarah)
Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan
diri dalam pertandingan bola sepak sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan
ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai sukan Olimpik
di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an, dan awal tahun 1980-an pula,
keupayaan pasukan bola sepak negara kita setanding dengan keupayaan pasukan
bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan
mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau
ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?
Comments (0)
Post a Comment