Aspek-aspek Komsas BM PMR
1. Tema
– Pokok persoalan yang menjadi dasar sesuatu cerita secara langsung
atau tidak langsung. Dianggap sebagai gagasan, fikiran atau persoalan
utama yang mendasari sesuatu karya. Contoh tema novel Azfa Hanani ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa.
2. Persoalan – Hal-hal yang dibangkitkan dalam sesuatu cereka untuk memantapkan tema dan mengembangkan cereka. Contoh
persoalan dalam novel Azfa Hanani ialah Berani mengambil risiko. Azfa
bernai menyamar sebagai Tengku Murni walaupun dia tahu risiko yang
ditanggungnya.
3. Watak – Pelakon
yang menggerakkan sesuatu cereka. Ada watak utama (watak penting yang
menggerakkan cerita), dan sampingan (watak yang membantu watak utama). Contoh
watak utama dalam novel Azfa Hanani ialah Azfa Hanani. Watak sampingan
ialah Tengku Murni, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz.
4. Perwatakan – Gambaran keseluruhan watak yang ditonjolkan dalam sesuatu cereka. Perwatakan termasuk pelakuan, perasaan, cara berfikir, cara bercakap dan sebagainya. Contoh
perwatakan Azfa Hanani ialah seorang gadis berusia 17 tahun, taat
kepada pak long dan maklongnya, buktinya telah meminta izin lebih dahulu
sebelum bersetuju mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.
5. Plot–
Rentetan peristiwa yang menggambarkan jalan cerita berdasarkan sebab
dan akibat, dijalin dengan melibatkan konflik atau pertikaian yang
akhirnya menemukan peleraian. Contoh dalam novel Azfa Hanani terdapat permulaan cerita, contohnya dikatakan wajah Azfa Hanani seiras dengan Tengku Murni. Setelah itu, pengembangan cerita, perumitan cerita, klimaks dan peleraian cerita.
6. Latar –
Terbahagi kepada 3, iaitu latar tempat (tempat berlakunya sesuatu
peristiwa), latar masa (masa/zaman peristiwa berlaku) dan latar
masyarakat (golongan yang diwujudkan dalam cereka contoh
bangsa/etnik,jantina, kampung/bandar/kota dan sebagainya. Contoh Latar
Tempat dalam Novel Azfa Hanani ialah di Makmal Kimia. Di sinilah Azfa Hanani Bimbang kerana perbuatannya “mencuri” buku disyaki oleh rakan-rakannya.
7. Gaya Bahasa –
rentetan kata yang sesuai untuk menyampaikan idea dengan cara yang
lebih indah contoh, pepatah, kata-kata kalimat, peribahasa, pantun,
dialek daerah, bahasa asing, inversi, hiperbola, perulangan/repitisi,
personafikasi, perlambangan/ simbolik, metafora, imej alam dan sinis.
Simile – unsur-unsur yang menggunakan kata perbandingan seperti, macam, umpama, bak dll.
Inversi – pembalikan kata, frasa atau ayat.
Hiperbola – sesuatu perkara dinyatakan secara berlebih-lebihan.
Perulangan/repitisi
- Anafora = perulangan di awal ayat/baris
- Responsi = perulangan di tengah ayat/baris
- Epifora = perulangan di akhir ayat/baris
Personifikasi – memberi sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda.
Metafora – unsur
perbandingan secara tidak langsung atau secara berkias bagi menerbitkan
makna lain daripada makna tersurat. Gabungan unsur konkrit dan abstrak.
Imej alam –penggunaan unsur alam.
Sinis – kata-kata yang diungkapkan dengan tujuan menyindir.
- Unsur Bunyi –
- Asonasi = perulangan huruf-huruf vokal (A,E,I,O, dan U)
- Aliterasi = Perulangan Huruf-huruf Konsonan (selain daripada huruf vokal)
- Jeda = pemberhentian di tengah baris semasa dideklasmasikan
(biasanya sajak)
- Rima akhir = pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi (Biasanya pantun)
- Teknik Plot – teknik-teknik tertentu yang digunakan oleh pegarang untuk menyampaikan ceritanya supaya keihatan lebih menarik. Antara teknik:
a) Dialog – pertuturan antara dua atau lebih watak. Biasanya ada “ ”.
b) Monolog - pengucapan seseorang sama ada ditujukan kepada diri sendiri atau orang lain.
c) Monolog dalaman – berupa pengucapan dalam hati atau fikiran seseorang.
d) Imbas Kembali – peristiwa yang digambarkan semula melalui mimpi, kenangan atau penceritaan.
e) Imbas Muka – ramalan atau jangkaan oleh watak.
f) Pemerian/pengisahan - penceritaan secara langsung oleh pengarang, misalnya untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu tempat.
g) Kejutan – perubahan yang berlaku secara tiba-tiba atau tanpa diduga yang bertujuan untuk menjadikan plot lebih menarik dan berkesan.
h) Saspens –
teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menimbulkan kegelisahan dan
rasa ingin tahu atau membuatkan watak atau pembaca tertanya-tanya
insiden yang bakal berlaku.
- Nilai – sifat ketinggian dari segi pemikiran agama, kemasyarakatan dan sebagainya. Terdapat 16 nilai murni yang wajar diserapkan dalam pengajaran iaitu,
a) baik hati,
b) berdikari,
c) hemah tinggi,
d) hormat-menghormati,
e) kasih sayang,
f) keadilan,
g) kebebasan,
h) keberanian,
i) kebersihan fizikal dan mental,
j) kejujuran,
k) kerajinan,
l) kerjasama,
m) kesederhanaan,
n) kesyukuran,
o) rasional dan
p) semangat kemasyarakatan.
- Pengajaran – Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman sebagai inti fikirannya yang terungkap daripada sesuatu cereka secara tersirat yang digambarkan melalui peristiwa dan watak-wataknya.
Contoh dalam novel Azfa Hanani
Nilai – Pengorbanan = Azfa
Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk
menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Zuraini yang memerlukan
rawatan bagi penyakit lumpuhnya.
Pengajaran – Kadangkala
pengorbanan itu perlu demi membahagiakan orang lain. Azfa Hanani
sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar
sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah
mengalami tekanan jiwa seterusnya menggangu kesihatannya.
Sumber; klik di sini
Comments (0)
Post a Comment