Keburukan Makanan Segera (Karangan Galus)
Makanan
segera ialah makanan yang paling disukai oleh golongan muda.
Kanak-kanak juga menggemarinya. Terdapat banyak makanan ringan yang
dijual di restoran dan gerai. Contoh makanan segera ialah burger,
kentang goreng, pizza dan ayam goreng. Ada banyak keburukan makanan
segera.
Salah satu keburukan makanan segera ialah makanan itu menjadi
penyebab penyakit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Hal ini
kerana makanan segera banyak mengandungi gula. Contohnya ialah donut dan
kek. Oleh itu, makanan segera dapat menjadi penyebab penyakit
berbahaya.
Selain itu, makanan segera juga dapat menyebabkan kegemukan /
obesiti / kegendutan. Hal ini kerana, makanan segera banyak mengandungi
lemak. Sebagai contoh, ayam goreng, pizza dan burger. Kandungan lemak
dalam ayam goreng sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, makanan segera
dapat menyebabkan berat badan seseorang itu mudah menjadi gemuk.
UNSUR POSITIF DALAM SOALAN SPM KARANGAN BAHASA MELAYU
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alfatihah kita hadiahkan kepada Allahyarham
Cikgu Abd Razak Bin Hassan.
Pada tahun 2010, LPM mengeluarkan soalan yang hampir kesemuanya
berbentuk positif seperti cadangan, langkah, kebaikan, peranan dan
sebagainya. Tiada unsur negatif seperti kesan buruk, masalah, mala
petaka, kerumitan dan sebagainya digunakan dalam soalan.
Soalan BM Julai 2010
SOALAN BM (2) JULAI 2009 DAN JAWAPAN CADANGAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Al Fatihah kita hadiahkan kepada Allahyarham
Cikgu Abd Razak Bin Hassan. Saya perpanjangkan sahaja artikel di blog beliau.
1. Rumusan - Punca-punca keracunan makanan dan kesan -kesan keracunan makanan
Jawaban cadangan soalan rumusan.
Pengenalan :
Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor keracunan makanan.
Isi Tersurat ( Punca-punca keracunan makanan )
Nota
: Isi tersurat 1 ( Perenggan pertama ) Isi tersurat 2-5 ( perenggan
kedua ), isi tersurat 6-8 ( perenggan ketiga ) dan isi tersurat 9 (
perenggan keempat )
1.Masyarakat kita kurang cakna akan masalah ini.
2.Pengendali makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan diri.
3.Pengendali makanan tidak menghiraukan aspek kebersihan makanan yang dihidangkan.
4.Ada pengendali makanan yang menghisap rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan makanan dan minuman.
5.Pengusaha premis makanan juga sering mengabaikan kebersihan dengan membiarkan premis mereka kotor.
6.Seseorang individi mengambil makanan atau minuman yang tercemar oleh bakteria, virus dan organisme berbahaya.
7.Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.
8.Amalan memakan makanan yang telah lama disimpan.
9.Penggunaan bahan kimia beracun yang semakin berleluasa dalam penanaman sayur-sayuran.
*** Pelajar dikehendaki menyatakan 6 isi tersurat sahaja.
ISI TERSIRAT. ( Kesan-kesan keracunan makanan )
1.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
2.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik.
3.Boleh
menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat
muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi atau tubuh kontang
terik.
4.Boleh menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang,
5.Boleh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung, sawan dan juga koma.
6.Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam darah dan merebak ke seluruh badan.
7.Meningkatkan kos untuk mendapat rawatan di klinik atau hospital.
8.Aktiviti harian terganggu / produktiviti bekerja akan menurun.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, masyarakat perlu berganding bahu untuk mengelakkan kes keracunan makanan agar dapat melahirkan rakyat yang sihat.
Nota:
Jawaban cadangan ini merupakan jawaban peribadi penulis blog
berdasarkan pembacaan dan pengalaman bekerja. Jawaban ini bukan jawaban
rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
2(a) (iii)
Soalan KBKK - empat usaha pihak berkuasa untuk memastikan kebersihan premis makanan.
2(b) - Drama Kerusi
Soalan KBKK - ciri pemimpin yang disayangi oleh rakyat.
Soalan komsas - persoalan dalam petikan dan drama
KARANGAN BM (1) JULAI TAHUN 2009
Karangan bahan rangsangan:
Usaha-usaha membantu mangsa banjir
Isi karangan berdasarkan gambar yang diberi
Karangan Respons Terbuka :
S1-
Persediaan untuk menghadapi temu duga untuk mendapatkan biasiswa bagi
melanjutkan pelajaran ke IPTA (Dimensi diri/ individu)
S2 - Syarahan bertajuk, "Keluarga bahagia penentu kecemerlangan akademik anak-anak"
(Dimensi keluarga)