Posted by
Puan Ummi
|
Posted in
Doa
,
PERHATI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua anak2 PERHATI Daerah Kuantan.
Esok, bermulalah peperiksaan SPM 2016. Setelah sepanjang tahun anak2 ditatang dan disediakan dengan pelbagai ilmu oleh guru dan pelbagai pihak yang membantu, kini tiba masanya untuj anak2 mencipta kejayaan. Tenanglah, hadapi setiap soalan dengan yakin. Jawablah sebaik mungkin.
Kami semua koordinator pengganti ayah dan ibu merestui usaha kalian. Hadiahkan kejayaan itu kelak istimewanya kepada diri sendiri dan juga kepada semua yang bersama dengan anda selama ini.
Kepada semua guru, terima kasih, Allah swt juga membalas jasa budi yg dicurahkan kepada anakw yatim ini. Khas kepada pengurusan Yayasan Pahang, juga kami merafak sembah menjunjung kasih kpd Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang selama ini memayungi program PERHATI. Allah swt sahajalah yg akan membalas segala bantuan yg diberikan kepada anak2 terpilih ini.
Selamat menghadapi SPM 2016
Daripada;
Rahmin bin Mahasan
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan
Merangkap Ketua Jurulatih Utama / Koordinator
Program PERHATI daerah Kuantan.
REUNION PERHATI DAERAH KUANTAN LEPASAN SPM 2015
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
REUNION PERHATI SPM 2015
Tarikh : 5/3/2016
Masa. : 9 pg - 1 ptg
Tempat. : KYP Taman Gelora
Program ditaja sepenuhnya oleh pihak KYP...tanpa bayaran.
Peribahasa Melayu Bergambar
Posted by
Puan Ummi
|
Posted in
Ucapan
Selamat Tahun Baru Cina 2016
Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada saudara mara dan sahabat saya yang meraikannya. Teringat keenakan Kuih Bakul. Semasa kecil saya di sebuah kampung.
SEJADAH RINDU KOMSAS
Antologi Sejadah Rindu (KOMSAS Tingkatan 5)
TEMA
Keinsafan
di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon
diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak
sudah benar-benar insaf.
Contoh
:
(R1;B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.
Maksud Setiap Rangkap Sajak Rangkap 1:
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu
Maksud:
Penyajak berdiam sambil bermunajat kepada Allah SWT sewaktu berada di atas sejadah. Beliau mengadu kepada yang Maha Esa sambil memuji kehebatan dan kebesaran Yang Maha Agung. Dalam bermunajat itulah timbul satu persatu segala kesilapan dan kesalahan yang pernah penyajak lakukan. Sebelum ini jiwanya selalu tertutup untuk memikirkan kesalahannya yang lalu.
Pra Pelancaran Malaysia Social Media Week 2016
Sumber Imej : Akaun email peribadi