Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua anak2 PERHATI Daerah Kuantan.
Esok, bermulalah peperiksaan SPM 2016. Setelah sepanjang tahun anak2 ditatang dan disediakan dengan pelbagai ilmu oleh guru dan pelbagai pihak yang membantu, kini tiba masanya untuj anak2 mencipta kejayaan. Tenanglah, hadapi setiap soalan dengan yakin. Jawablah sebaik mungkin.
Kami semua koordinator pengganti ayah dan ibu merestui usaha kalian. Hadiahkan kejayaan itu kelak istimewanya kepada diri sendiri dan juga kepada semua yang bersama dengan anda selama ini.
Kepada semua guru, terima kasih, Allah swt juga membalas jasa budi yg dicurahkan kepada anakw yatim ini. Khas kepada pengurusan Yayasan Pahang, juga kami merafak sembah menjunjung kasih kpd Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang selama ini memayungi program PERHATI. Allah swt sahajalah yg akan membalas segala bantuan yg diberikan kepada anak2 terpilih ini.
Selamat menghadapi SPM 2016
Daripada;
Rahmin bin Mahasan
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan
Merangkap Ketua Jurulatih Utama / Koordinator
Program PERHATI daerah Kuantan.
Biasiswa FELDA / FGV Lepasan SPM 2021
9 months ago
Comments (0)
Post a Comment