Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Selamat Tahun Baru Cina 2016

0

Posted by Puan Ummi | Posted in

Selamat Tahun Baru Cina 2016



Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada saudara mara dan sahabat saya yang meraikannya. Teringat keenakan Kuih Bakul. Semasa kecil saya di sebuah kampung.

Saya Telah Berpindah Maaf Saya Tidak Sempat Membalas Komen dan mengemaskini blog

0

Posted by Puan Ummi | Posted in

Saya Telah Berpindah Maaf Saya Tidak Sempat Membalas Komen dan mengemaskini blog




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mohon maaf kepada pelayar blog saya ini. Saya telah Berpindah tempat kerja. 

PROGRAM TEKNIK PEMBELAJARAN PECUT MENJANA FASILITASI BERKESAN JPN PAHANG, MGKK KUANTAN DAN AIM ZOOM CONSULTANCY

0

Posted by Puan Ummi | Posted in , ,

PROGRAM TEKNIK PEMBELAJARAN PECUT
 MENJANA FASILITASI BERKESAN 
JPN PAHANG, MGKK KUANTAN DAN AIM ZOOM CONSULTANCY





PROGRAM TRAINING OF TRAINERS TEKNIK PEMBELAJARAN PECUT MENJANA FASILITASI BERKESAN  ANJURAN JPN PAHANG DAN MGKK KUANTAN 
 DENGAN KERJASAMA AIM ZOOM CONSULTANCY

Tahniah Anak-anak SMK Lepar Hilir Johan Dis.Rupt.Edu Kategori Visitors

0

Posted by Puan Ummi | Posted in

Tahniah Anak-anak SMK Lepar Hilir Johan Dis.Rupt.Edu Kategori Visitors

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahun 2014 telah memasuki ke bulan kedua. Rabiul awwal telah lama berlalu. Kini tiba Rabiul Akhir..

Tahniah kepada Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang Yang Baru

0

Posted by Puan Ummi | Posted in

Tahniah kepada Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang Yang Baru


Sumber gambar; FB Sektor Pengurusan Akademik Pahang

Senarai Pemenang Educational Blogging Kebangsaan 2013

0

Posted by Puan Ummi | Posted in ,

Tahniah Pemenang Educational Blogging Kebangsaan 2013










 Hanya pada malam ini baru saya berkesempatan melaporkan tentang Senarai Pemenang Educational Blogging 2013, dek 'kesibukan' sebagai GBK di sekolah. Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Educational Blogging telah diadakan pada:
                            Tarikh: 13 November 2013
                      Jam: 8.00pm - 11.00pm
                      Lokasi: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, 
                      Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Senarai Pemenang Educational Blogging 2013

Mari Baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Muharram

0

Posted by Puan Ummi | Posted in ,

Mari Baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Muharram



Hari ini merupakan hari terakhir dalam Kelender Bulan ke 12 Tahun Islam 1434 Hijriah. 
Bersama kita membaca doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar petang ini atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.  

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .



Pengarah Pendidikan Pahang yang baru Tahniah

0

Posted by Puan Ummi | Posted in

Encik Rosdi bin Ismail Pengarah Pendidikan Pahang yang baru Tahniah daripada warga SMK Lepar Hilir

Sumber gambar; Website JPN Pahang

Powered by Blogger.