Contoh Bahan Kertas 3 Sejarah SPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak calon SPM 2014, diharapkan anak-anak sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang besar dalam kehidupan anak-anak. Kertas 3 Sejarah...
Sebenarnya anak-anak...Kertas 3 Sejarah SPM memberikan peluang kepada pelajar calon SPM untuk mengumpul bahan dan maklumat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh peperiksaan tersebut
dijalankan. Oleh itu, anak-anak SMK Lepar Hilir haruslah mencari dan mengumpul
seberapa banyak maklumat ya.
Untuk anak-anak intervensi ummi dalam Tingkatan 4, berusahalah dari sekarang ya....Jangan malas-malas ke sekolah.
Downloads Buletin Sejarah SPM Kertas 3 Edisi 3/2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dimaklumkan
bahawa KPM telah menerbitkan Buletin Sejarah Edisi 3/2013 untuk tahun
2013 bagi kegunaan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
SEJARAH SPM 2013 CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Alhamdulillah 17 Ramdhan 1434 bersamaan 26 Julai 2013, SMK Lepar Hilir yang terletak di Gambang, Kuantan Pahang sedang Cuti Umum. Di kesempatan hari cuti ini saya mengemaskini kesemua blog-blog pendidikan yang saya kendalikan dan yang Puan Siti Mariam Binti Baharudin amanahkan saya kendalikan.
Alhamdulillah sejak blog ini dibina hanya beberapa bulan telah ada lebih 20 ribu pengunjung ke blog ini. Bagi saya ia satu jumlah yang banyak kerana saya tiadak mempunyai masa untuk 'berblogwalking' memperkenalkan blog ini ke khalayak pelayar internet. Ini kerana saya perlu uatamakan tugas hakiki saya di alam nyata. Cuma harapans aya sudi kiranya kepada pelayar blog ini tinggalkan komen membina di sini, kerana berdasarkan statistik blog ini, ramai pelayar blog ini yang telah mendapat manfaat. Bahan di blog ini juga sedia untuk dicopy paste asalkan untuk tujuan pendidikan.
Di sini ada soalan Sejarah.
Kepada
pelajar-pelajar SMKLH pelayar blog cikgukaunseling, semoga entry ini bermanfaat.
Bincangkan tentang gerakan nasionalisme di Indonesia dan menghubungkaitkannya dengan
kemajuan negara kita
Tugasan Kertas 3 Bab 2
Tajuk 10.1 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Soalan :
Bincangkan tentang gerakan nasionalisme di Indonesia dan menghubungkaitkannya dengan kemajuan negara kita
Peringatan :
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah
Pengenalan
Aspek : Memahami latar belakang sistem politik di Indonesia (5 markah)
Isi dan huraian
Memahami : Perubahan sistem politik dan faktor-faktorkemunculan nasionalisme di Indonesia