Contoh Bahan Kertas 3 Sejarah SPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak calon SPM 2014, diharapkan anak-anak sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang besar dalam kehidupan anak-anak. Kertas 3 Sejarah...
Sebenarnya anak-anak...Kertas 3 Sejarah SPM memberikan peluang kepada pelajar calon SPM untuk mengumpul bahan dan maklumat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh peperiksaan tersebut
dijalankan. Oleh itu, anak-anak SMK Lepar Hilir haruslah mencari dan mengumpul
seberapa banyak maklumat ya.
Untuk anak-anak intervensi ummi dalam Tingkatan 4, berusahalah dari sekarang ya....Jangan malas-malas ke sekolah.
Downloads Buletin Sejarah SPM Kertas 3 Edisi 3/2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dimaklumkan
bahawa KPM telah menerbitkan Buletin Sejarah Edisi 3/2013 untuk tahun
2013 bagi kegunaan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
SEJARAH SPM 2013 CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Alhamdulillah 17 Ramdhan 1434 bersamaan 26 Julai 2013, SMK Lepar Hilir yang terletak di Gambang, Kuantan Pahang sedang Cuti Umum. Di kesempatan hari cuti ini saya mengemaskini kesemua blog-blog pendidikan yang saya kendalikan dan yang Puan Siti Mariam Binti Baharudin amanahkan saya kendalikan.
Alhamdulillah sejak blog ini dibina hanya beberapa bulan telah ada lebih 20 ribu pengunjung ke blog ini. Bagi saya ia satu jumlah yang banyak kerana saya tiadak mempunyai masa untuk 'berblogwalking' memperkenalkan blog ini ke khalayak pelayar internet. Ini kerana saya perlu uatamakan tugas hakiki saya di alam nyata. Cuma harapans aya sudi kiranya kepada pelayar blog ini tinggalkan komen membina di sini, kerana berdasarkan statistik blog ini, ramai pelayar blog ini yang telah mendapat manfaat. Bahan di blog ini juga sedia untuk dicopy paste asalkan untuk tujuan pendidikan.
Di sini ada soalan Sejarah.
Kepada
pelajar-pelajar SMKLH pelayar blog cikgukaunseling, semoga entry ini bermanfaat.
Soalan Sejarah SPM 2009 Contoh Jawapan Esei untuk SPM 2009
(a) Bagaimanakah kerajaan Abbasiyah berjaya diasaskan pada tahun 750 M? [6 markah]
Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 Masihi bersamaan 132 Hijrah dengan
pertolongan pelbagai pihak, terutamanya puak Syiah melalui suatu revolusi yang
dipanggil Revolusi Abbaysiyah.
Pada peringkat awal gerakan ini telah ditaja oleh Ali bin Abdullah yang bergerak
secara sulit.Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dijalankan
secara terbuka.
Golongan telah menggunakan nama Ahlul Bait ( keluarga Nabi Muhammad s.a.w ) untuk
mendapatkan sokongan.
Bandar Khurasan,Kufah dan Humaimah telah dijadikan sebagai pusat operasi.
Revolusi ini mula dipimpin oleh Abu Muslim al-Khurasani dan berpusat di Khurasan dan
Salamah al-Khallal yang berpusat di Kufah.
Pada tahun 750 Masihi, mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyyah dan mendirikan kerajaan baru yang dipanggil kerajaan Abbasiyah.
Bincangkan tentang gerakan nasionalisme di Indonesia dan menghubungkaitkannya dengan
kemajuan negara kita
Tugasan Kertas 3 Bab 2
Tajuk 10.1 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Soalan :
Bincangkan tentang gerakan nasionalisme di Indonesia dan menghubungkaitkannya dengan kemajuan negara kita
Peringatan :
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah
Pengenalan
Aspek : Memahami latar belakang sistem politik di Indonesia (5 markah)
Isi dan huraian
Memahami : Perubahan sistem politik dan faktor-faktorkemunculan nasionalisme di Indonesia
Sejarah SPM : Analisis Perincian Tajuk Sejarah SPM 2012
Ini hanyalah jangkaan
berdasarkan soalan-soalan trial negeri,jadi manfaatkan semaksima yang
mungkin.Jika kalian serius dan disiplin membuat rujukan dan latihan
sejarah,tak mustahil A+++++++++++…
BAB 1
TAMADUN AWAL
Tamadun Hwang Ho ( MELAKA )
1.Dua buah dinasti yang memerintah
2.Sumbangan
3.Kemajuan dalam pertanian
4.Usaha membangunkan sektor pertanian
BAB 2
PENINGKATAN TAMADUN
Tamadun China dan India ( KELANTAN,PERAK, SELANGOR,NEGERI SEMBILAN, MERSING, SBP)
1.Sumbangan dalam ekonomi – pertanian dan perdagangan
2.Monumen tinggalan sejarah
3.Pendidikan, senibina, sains dan teknologi ( semua tamadun )
4.Kebaikan persatuan perdagangan dan perusahaan
5.Bagaimana ekonomi Negara dapat ditingkatkan (KBKK)
6.Mengapa masyarakat memajukan sains dan teknologi (KBKK)
7.Kesan perkembangan sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia (KBKK)
8.Usaha meningkatkan kemajuan sains dan teknologi (KBKK)
SPM Sejarah Contoh Kertas Soalan Kertas 3 beserta skema jawapan:
Tema 9 (Bab 10)Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
KUMPULAN 10
Cadangan Format Soalan Sejarah 1249/3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Tugasan untuk calon
TEMA 9 – HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
DAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 10
TAJUK 9.2 – DASAR
BRITISH TERHADAP EKONOMI NEGARA DAN
KESANNNYA
Berdasarkan tajuk
di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;
I.
Calon
boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks,buku ilmiah,
akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
II.
Pada hari
peperiksaan, calon hanya dibenarkan
membawa masuk buku teks, buku ilmiah,
akhbar, majalah dan risalah sahaja ke dalam dewan / bilik peperiksaan.
III.
Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan
untuk menjawab soalan.