Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


Showing posts with label Cara Buat Karangan. Show all posts
Showing posts with label Cara Buat Karangan. Show all posts

Ringkasan Karangan Kebaikan program kitar semula

2

Posted by Puan Ummi | Posted in , ,

Ringkasan Karangan Kebaikan program kitar semula

Bahagian A (i): Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan program kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan


Sejak tahun-tahun belakangan ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahan buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit.

HATI-HATI MENJAWAB SOALAN KBKK DALAM KARANGAN BM

2

Posted by Puan Ummi | Posted in , ,

HATI-HATI MENJAWAB SOALAN KBKK

 

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Al Fatihah kita hadiahkan kepada Allahyarham 

HATI-HATI MENJAWAB SOALAN KBKK 

DALAM KARANGAN BM


Pelajar tidak dapat mengemukakan alasan atau pandangan secara waras apabila ditanya soalan berkaitan satu isu. Hal ini demikian kerana kecetekan akal akibat kurang membaca dan mengikuti perkembangan semasa negara. 

 Contoh kecetekan pendapat tersebut :

 

PERANAN PELBAGAI PIHAK MEMBANTU OKU

0

Posted by Puan Ummi | Posted in , , ,

PERANAN PELBAGAI PIHAK MEMBANTU OKU (Contoh Karangan Bahasa Melayu)


             Sebagai warganegara Malaysia, rakyat dikehendaki menghayati dan mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk memupuk semangat perpaduan. Rukun Negara diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia supaya mereka saling menghormati, membantu, memahami dan bekerjasama. Dengan ini, sebuah masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan sekiranya masyarakat yang bersifat individualistik dan materialistik masih wujud dalam jiwa mereka.
 

Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta Petua BTS

0

Posted by Puan Ummi | Posted in , , ,

 Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta Petua BTS
 
 
Kebanyakan pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan merupakan titik awal dalam proses pemarkahan. Pendahuluan yang bebas daripada kesalahan, mempunyai kesinambungan yang erat antara fakta dengan huaraian berserta intipan isi yang samar-samar akan menyebabkan pemeriksa terpikat untuk meneruskan pembacaan, yakni penyemakan sekali gus memberikan markah yang baik untuk anda dalam peperiksaan. Kali ini, saya akan menggunakan formula "Bidang (B), Tajuk (T), Soalan (S)" untuk menghasilkan pendahuluan yang baik. Pembinan karangan ini sesuai untuk tahap PMR dan SPM, sama ada karangan bergambar mahupun karangan panjang. 
 
Lihat contoh soalan dan kerangka karangan untuk bahagian pendahuluan yang akan kita bincangkan di bawah ini:
 

PETUA MUSA DALAM PENDAHULUAN KARANGAN

0

Posted by Puan Ummi | Posted in ,

PETUA MUSA DALAM PENDAHULUAN KARANGAN
 
Resipi: Pendahuluan Karangan

Bahan-bahannya:
Adunan 1:
-1 ayat menarik
-1 ayat umum
-1 ayat sokongan
-1 ayat arah

Adunan 2:

JENIS-JENIS PENDAHULUAN DALAM KARANGAN SIRI 2

0

Posted by Puan Ummi | Posted in ,






JENIS-JENIS PENDAHULUAN DALAM KARANGAN SIRI 2



Pendahuluan Karangan

Pendahuluan karangan sangat penting dalam penulisan karangan kerana pendahluan karangan yang tepat dan menarik dapat menunjukkan isu yang hendak dibincangkan secara umum sekali gus memberi gambaran kepada pembaca bahawa penulis benar-benar faham akan tema yang hendak diketengahkan.

Antara jenis pendahuluan yang boleh digunakan untuk dimanfaatkan dalam penulisan karangan ialah:

  1. Pendahuluan jenis definisi
  2. Pendahuluan jenis persoalan
  3. Pendahuluan jenis suasana
  4. Pendahuluan jenis peribahasa
  5. Pendahuluan jenis pendapat
  6. Pendahuluan jenis puisi
  7. Pendahuluan jenis sejarah
  8. Pendahuluan jenis gabungan.
  9. Pendahuluan jenis statistik
  10. Pendahluan jenis lirik lagu.

Latihan:

  1. --------------------------------------------

Sukarelawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela.  Secara umum, sukarelawan boleh dimaksudkan sebagai seseorang atau kumpulan individu yang sanggup melakukan sesuatu perkerjaan tanpa mengharapkan sebarang balasan.  Mereka melakukan pekerjaan tanpa mengira masa demi membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, semangat sukarelawan semakin luntur dan hanya segelintir individu sahaja yang sanggup melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran.


  1. ------------------------------------------------

JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN BAHASA MELAYU

0

Posted by Puan Ummi | Posted in ,

JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN BAHASA MELAYU

1.      Pendahuluan Jenis Definisi
2.      Pendahuluan Jenis Pendapat
3.      Pendahuluan Jenis Suasana
4.      Pendahuluan Jenis Persoalan
5.      Pendahuluan Jenis Peribahasa
6.      Pendahuluan Jenis Sejarah

Tajuk : Isu Penderaan
 (Pendahuluan Jenis Definisi)
Dera bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak terdapat punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.
 
 

3 Contoh Kesalahan Bahasa

0

Posted by Puan Ummi | Posted in , ,

3 Contoh Kesalahan Bahasa

  1. di mana..ATAU ..yang mana . Ayat contoh: Lee Chong Wei ialah Pemain Badminton No. 1 Dunia, di mana beliau telah banyak memenangi kejohanan berperstij.
  2. Fotosintesis ialah proses di mana tumbuhan mengubah tenaga cahaya matahari menjadi energi kimia dan menyimpannya dalam bentuk glukosa karbohidrat.
  3. Pasar raya ialah tempat di mana orang ramai membeli-belah.
 

Powered by Blogger.