HATI-HATI MENJAWAB SOALAN KBKK
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Al Fatihah kita hadiahkan kepada Allahyarham
HATI-HATI MENJAWAB SOALAN KBKK
DALAM KARANGAN BM
Pelajar tidak dapat mengemukakan alasan atau pandangan secara waras apabila ditanya soalan berkaitan satu isu. Hal ini demikian kerana kecetekan akal akibat kurang membaca dan mengikuti perkembangan semasa negara.
Contoh kecetekan pendapat tersebut :
Soalan : Cara membantu golongan nelayan.
1. Nelayan kena turun ke laut awal pagi dan balik lambat sikit.
(Ada ke nelayan yang lambat turun ke laut dan balik awal ? )
2. Nelayan menangkap ikan pada hari minggu (Ahad).
(Ada ke nelayan yang bercuti pada hari tertentu? )
3. Nelayan harus menjaga sungai dengan bersih.
(Ada ke mana-mana nelayan yang mengotorkan sungai yang menjadi "periuk nasi" mereka?
(Kalau nelayan jaga sungai, ada ke mana-mana pihak nak beri upah?)
4. Para nelayan harus dihantar ke sekolah agar reti membaca dan memahami situasi ekonomi.
( Ini satu penghinaan kepada golongan nelayan. Walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi tetapi pengalaman mereka tidak dapat "dibeli" di sekolah.)
5. Sentiasa bersikap maju ke hadapan.
( Ada ke golongan nelayan yang mahu mundur dalam kehidupannya? )
6. Memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang laut.
( Apa maksud "lebih mendalam tentang laut" ?. Ombak besar ke, tukun ke? )
7. Mengurangkan kadar bayaran cukai kepada nelayan.
( Ada ke golongan nelayan yang berpendapatan rendah membayar cukai pendapatan? Cukai yang dibayar memang ada dalam bentuk cukai tak langsung. Contoh: apabila membeli barang makanan, harganya termasuk cukai).
8. Kerajaan hendaklah memandang serius dalam meningkatkan taraf hidup nelayan.
( Bila pulak kerajaan melupakan tanggungjawab untuk membela golongan nelayan bahkan ada skim pencen untuk golongan nelayan ).
Nasihat kepada pelajar :
1. Jangan "hentam keromo" sahaja apabila menjawab soalan bentuk ini.
2. Fikirkan logik cadangan yang dikemukakan.
3. Fikirkan sama ada cadangan diberi itu satu idea baharu atau sudah sedia dilaksanakan oleh kerajaan,
4. Jangan menyinggung perasaan suatu pihak walaupun tanpa niat.
5. Ambil peduli akan isu yang berlaku di sekeliling kita dengan cara membaca dan menonton televisyen.
6. Internet memberi banyak sumber maklumat yang terkini.
thanks for the info ;)
Wah. Terima kasih banyak2. Saya memang kurang membaca xD