Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


SOALAN BM (2) JULAI 2009

SOALAN BM (2) JULAI 2009 DAN JAWAPAN CADANGAN

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Al Fatihah kita hadiahkan kepada Allahyarham 


1. Rumusan - Punca-punca keracunan makanan dan kesan -kesan keracunan makanan

 Jawaban cadangan soalan rumusan.

Pengenalan :
Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor keracunan makanan.

Isi Tersurat ( Punca-punca keracunan makanan )
Nota : Isi tersurat 1 ( Perenggan pertama ) Isi tersurat 2-5 ( perenggan kedua ), isi tersurat 6-8 ( perenggan ketiga ) dan isi tersurat 9 ( perenggan keempat )

1.Masyarakat kita kurang cakna akan masalah ini.
2.Pengendali makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan diri.
3.Pengendali makanan tidak menghiraukan aspek kebersihan makanan yang dihidangkan.
4.Ada pengendali makanan yang menghisap rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan makanan dan minuman.
5.Pengusaha premis makanan juga sering mengabaikan kebersihan dengan membiarkan premis mereka kotor.
6.Seseorang individi mengambil makanan atau minuman yang tercemar oleh bakteria, virus dan organisme berbahaya.
7.Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.
8.Amalan memakan makanan yang telah lama disimpan.
9.Penggunaan bahan kimia beracun yang semakin berleluasa dalam penanaman sayur-sayuran.

*** Pelajar dikehendaki menyatakan 6 isi tersurat sahaja.

ISI TERSIRAT. ( Kesan-kesan keracunan makanan )

1.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
2.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik.
3.Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi atau tubuh kontang terik.
4.Boleh menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang,
5.Boleh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung, sawan dan juga koma.
6.Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam darah dan merebak ke seluruh badan.
7.Meningkatkan kos untuk mendapat rawatan di klinik atau hospital.
8.Aktiviti harian terganggu / produktiviti bekerja akan menurun.

Kesimpulan :
Kesimpulannya, masyarakat perlu berganding bahu untuk mengelakkan kes keracunan makanan agar dapat melahirkan rakyat yang sihat.

Nota: Jawaban cadangan ini merupakan jawaban peribadi penulis blog berdasarkan pembacaan dan pengalaman bekerja. Jawaban ini bukan jawaban rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
 

2(a) (iii)
Soalan KBKK - empat usaha pihak berkuasa untuk memastikan kebersihan premis makanan.

2(b) - Drama Kerusi
Soalan KBKK - ciri pemimpin yang disayangi oleh rakyat.
Soalan komsas - persoalan dalam petikan dan drama





2 (c) Sikap terburu-buru membawa padah
Soalan KBKK - Tindakan untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Laksamana.

2(d) Pantun kiasan
Soalan KBKK - tiga kebaikan amalan jangan membazir
KOMSAS - pengajaran daripada rangkap keempat dan kelima

3 (a) Buat ayat daripada frasa :
Nilai murni, budi bicara, pelbagai etnik, masalah sosial, semangat patriotik dan masyarakat penyayang.

3(b) Gabung 2 ayat tunggal menjadi ayat majmuk
3(c) dan 3 (d) betulkan kesalahan ejaan, imbuhan dan kesalahan bahasa

3(e) - maksud peribahasa
Tiada rotak akar pun berguna
Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.

4(a) 2 peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda
4(b) huraikan satu latar masa bagi 2 novel





Comments (0)

Post a Comment

Powered by Blogger.