Program Takhsin Solat Siri Ke 2 Ramadhan 1435
Ustaz Zafri dari Darul Ulum Beserah Kuantan menyampaikan Ceramah Takhsin SOlat dengan begitu menarik sekali.
Cikgu Mohamad Fairus, Guru Penyelaras Tingkatan 3 sedang mengacarakan program.
Puan Suzilah @ Teacher Suzi, Ketua Bidang Bahasa menyampaikan cenderahati.
Alhamdulillah pada 24 Julai 2014 telah diadakan Program Takhsin Solat di Dewan Bestari dan Surau SMK Lepar Hilir. Program bermula pada pukul 9.20 dan tamat pada 12.40 petang.
Program ini adalah susulan Program Takhsin Solat yang saya kendalikan secara bersendirian dalam sesi kelompok kecil. Alhamdulillah gabungan bersama Unit Bina Insan sangat mantap. Tambahan pula penceramah yang bersahaja, Ustaz Zafri dari Madrasah Darul Ulum Beserah bersama pasukannya sangat membantu anak-anak Lepar Hilir.
Pray For MAS MH17 Boeing 777
Sebuah lagi pesawat MAS (Malaysia Airlines) dilaporkan hilang apabila
terputus hubungan setelah gagal hubungi. Pesawat MAS MH17 Boeing 777
dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur berkemungkinan
terhempas akibat ditembak jatuh di Timur Ukraine bersempadan dengan
Rusia.
Pesawat malang tersebut membawa seramai 295 orang penumpang. (280 penumpang dan 15 anak kapal)
Contoh Sejarah PT3 2014. Format Panduan Tugasan: Jadual Kerja @ Senarai Semak
Contoh Sejarah PT3 2014 Panduan Tugasan Sejarah PT3
Kajian Kes
Kepentingan Perpaduan Kaum
Melihatkan tempoh yang dan singkat dan
suntuk untuk kalangan para pelajar Tingkatan 2013 untuk memahamkan
format peperiksaan Tingkatan 3 (PT3), di sini saya
berkongsi panduan dan tips bagi membantu anda menyiapkan tugasan kajian
kes yang diberikan dengan sehabis baik bagi membantu anda mendapatkan
hasil kajian kes yang terbaik sekaligus mendapat keputusan gred terbaik bagi peperiksan Tingkatan 3 (PT3) anda kali ini.
Insyaallah. Amin
Contoh Sejarah PT3 2014.
PROGRAM TEKNIK PEMBELAJARAN PECUT
MENJANA FASILITASI BERKESAN
JPN PAHANG, MGKK KUANTAN DAN AIM ZOOM CONSULTANCY
PROGRAM TRAINING OF TRAINERS TEKNIK PEMBELAJARAN PECUT MENJANA FASILITASI BERKESAN ANJURAN JPN PAHANG DAN MGKK KUANTAN
DENGAN KERJASAMA AIM ZOOM CONSULTANCY
Posted by
Puan Ummi
|
Posted in
PERHATI
Bersama Bekas Pelajar SPM 2013 dan Mentee Anak Yatim Permata Hati Ummi Tersayang di Politeknik METrO Kuantan
Alhamdulillah, ummi bersyukur ke hadrat Allah, anak-anak di bawah amanah ummi dalam Program Anak Yatim Permata Hati Yayasan Pahang (termasuk ada yang perlu terlibat dalam Pemulihan/Intervensi Bahasa Melayu) pada tahun 2013 lalu, telah lulus semuanya dalam Bahasa Melayu dan Sejarah. Tahniah diucapkan ya anak-anak.
Sebagai memenuhi janji ummi pada anak-anak, ummi telah meluangkan masa pada Hari Selasa, 25/3/2014 lalu membawa anak-anak berjalan-jalan di bandar Kuantan. Kita telah melawat Politeknik METrO Kuantan dan telah dilayan dengan begitu baik sekali oleh Pegawai-pegawai Politeknik METrO Kuantan. Terima kasih kami ucapkan.
Anak-anak yang Ummi kasihi kerana Allah, semoga kalian terus tabah, kuat, cekal dan tebat dalam menghadapi dugaan hidup. Setahun kita bersama, bagai telah ummi kenali lama dengan anak-anak. Terima kasih anak-anak kerana sudi meluangkan masa di tengah-tengah kesibukan anak-anak yang ramai telah bekerja sementara menunggu ke kolej.