Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


Contoh Sejarah PT3 2014. Format Panduan Tugasan

Contoh Sejarah PT3 2014. Format Panduan Tugasan:  Jadual Kerja @ Senarai Semak

Contoh Sejarah PT3 2014 Panduan Tugasan Sejarah PT3 
Kajian Kes Kepentingan Perpaduan Kaum 

Melihatkan tempoh yang dan singkat dan suntuk untuk kalangan para pelajar Tingkatan 2013 untuk memahamkan format peperiksaan Tingkatan 3 (PT3), di sini saya  berkongsi panduan dan tips bagi membantu anda menyiapkan tugasan kajian kes yang diberikan dengan sehabis baik bagi membantu anda mendapatkan hasil kajian kes yang terbaik sekaligus mendapat keputusan gred terbaik bagi peperiksan Tingkatan 3 (PT3) anda kali ini. Insyaallah. Amin

Contoh Sejarah PT3 2014. 

 

 

Format Panduan Tugasan:  Jadual Kerja @ Senarai Semak

(i) Objektif kajian kes
  • Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
  • Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
  • Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini
  • Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
(ii) Menetapkan kaedah kajian kes
  • Membaca akhbar tempatan
  • Merujuk buku teks atau rujukan
  • Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan
(iii) Menetapkan tajuk – perpaduan kaum di Malaysia
(iv) Menyediakan kerangka kasar penulisan. Contoh format seperti di bawah ini :
  1. Tajuk rencana
  2. Nama penulis
  3. Isi kandungan
  4. Pengenalan isu perpaduan secara umum
  5. Kepentingan perpaduan kaum
  6. Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
  7. Cabaran mengekalkan perpaduan kaum
  8. Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia
  9. Membuat rumusan
  10. Meletakkan rujukan

Contoh Sejarah PT3 2014 : 

 Panduan, Format Tugasan Sejarah PT3

  1. Karangan, rencana dan artikel yang anda hasilkan berdasarkan tugasan kajian kes yang diberikan mestilah 300 patah perkataan sahaja (andaikata terlebih seidkit masih lagi dibenarkan)
  2. Pastikan tugasan kajian kes sejarah PT3 2014 ini ditulis sendiri oleh pelajar selama tempoh pengajaran dan pembelajaran (P & P) di dalam kelas. Sama sekali tidak dibenarkan tugasan yang diberikan dibawa balik ke rumah anda yang mana guru dan cikgu akan membimbing anda selama tempoh tersebut
  3. Tugasan ditulis oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (tidak dibawa balik ke rumah) yang mana mesti diselesaikan dan disudahkan anda dalam 6 waktu pengajaran dan pembelajaran
  4. Markah sejarah PT3 2014 akan dimasukkan dalam pelaporan PT3 (Peperiksaan Tingkatan 3)
  5. Anda hanya perlu membuat satu tugasan sahaja
  6. Tiada proses semak semula untuk tugasan kajian kes ini.

Comments (0)

Post a Comment

Powered by Blogger.