Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


Pray For MAS MH17 Boeing 777

 Pray For MAS MH17 Boeing 777



  Sebuah lagi pesawat MAS (Malaysia Airlines) dilaporkan hilang apabila terputus hubungan setelah gagal hubungi. Pesawat MAS MH17 Boeing 777 dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur berkemungkinan terhempas akibat ditembak jatuh di Timur Ukraine bersempadan dengan Rusia. 

Pesawat malang tersebut membawa seramai 295 orang penumpang. (280 penumpang dan 15 anak kapal)



Kerajaan Ukraine mengesahkan sebuah pesawat ditembak pada ketinggian 40,000 kaki di ruang udara mereka, sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan siasatan segera ke atas khabar angin kehilangan pesawat dikhuatiri penerbangan MH17. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesawat-malaysia-nahas-di-ukraine-dekat-sempadan-rusia#sthash.mcoIFMhr.dpuf
Kerajaan Ukraine mengesahkan sebuah pesawat ditembak pada ketinggian 40,000 kaki di ruang udara mereka, sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan siasatan segera ke atas khabar angin kehilangan pesawat dikhuatiri penerbangan MH17. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesawat-malaysia-nahas-di-ukraine-dekat-sempadan-rusia#sthash.mcoIFMhr.dpuf

Kerajaan Ukraine mengesahkan sebuah pesawat ditembak pada ketinggian 40,000 kaki di ruang udara mereka, sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan siasatan segera ke atas khabar angin kehilangan pesawat dikhuatiri penerbangan MH17. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesawat-malaysia-nahas-di-ukraine-dekat-sempadan-rusia#sthash.mcoIFMhr.dpuf
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.
AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA


 Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.
Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.


 Sumber Astro Awani
/news/show/mh17-terhempas-mayat-ditemui-di-lokasi-serpihan-bersepah-sejauh-beberapa-kilometer-40072?cp


Berikut adalah berita terkini yang dikeluarkan oleh sebuah media tempatan pada 17 July 2014, jam 11:45pm : Sumber
Moscow, Sebuah pesawat penumpang Malaysia yang membawakan seramai 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia, lapor Interfax yang memetik sumber daripada industri penerbangan hari ini.
Dikatakan pesawat jenis Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan Interfax itu buat masa ini.
Menurut Twitter Penerbangan Malaysia (MAS) sebentar tadi, pesawat MH17 Boeing 777 dari Amsterdam gagal dihubungi. Kedudukan terakhir yang dikesan adalah di ruang udara Ukraine. - Reuters


Pesawat MAS MH17 Boeing 77 Disahkan Ditembak Jatuh!

Berita Terkini dari pihak Ukraine menyatakan bahawa pesawat tersebut telah ditembak jatuh! dan kesemua penumpang dilaporkan terbunuh! Berikut adalah kenyataan Rasmi dari pihak Ukraine (18 July 2014 12:25pm) : sumber

Comments (0)

Post a Comment

Powered by Blogger.