Bersama Bekas Pelajar SPM 2013 dan Mentee Anak Yatim Permata Hati Ummi Tersayang di Politeknik METrO Kuantan
Alhamdulillah, ummi bersyukur ke hadrat Allah, anak-anak di bawah amanah ummi dalam Program Anak Yatim Permata Hati Yayasan Pahang (termasuk ada yang perlu terlibat dalam Pemulihan/Intervensi Bahasa Melayu) pada tahun 2013 lalu, telah lulus semuanya dalam Bahasa Melayu dan Sejarah. Tahniah diucapkan ya anak-anak.
Sebagai memenuhi janji ummi pada anak-anak, ummi telah meluangkan masa pada Hari Selasa, 25/3/2014 lalu membawa anak-anak berjalan-jalan di bandar Kuantan. Kita telah melawat Politeknik METrO Kuantan dan telah dilayan dengan begitu baik sekali oleh Pegawai-pegawai Politeknik METrO Kuantan. Terima kasih kami ucapkan.
Anak-anak yang Ummi kasihi kerana Allah, semoga kalian terus tabah, kuat, cekal dan tebat dalam menghadapi dugaan hidup. Setahun kita bersama, bagai telah ummi kenali lama dengan anak-anak. Terima kasih anak-anak kerana sudi meluangkan masa di tengah-tengah kesibukan anak-anak yang ramai telah bekerja sementara menunggu ke kolej.
Ummi harap anak-anak sambunglah belajar ya. Jika dapat tawaran Kolej Yayasan FELDA sekali lagi, janganlah ditolak ya anak-anak.
Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Encik Rahimin, Pegawai PPD Kuantan yang menyelia Program PERHATI. Begitu juga kepada Puan Siti Mariam, Pengetua SMK Lepar Hilir yang sentiasa memberi sokongan ke atas program-program yang saya anjurkan untuk kebaikan warga pelajar.
http://www.cikgukaunseling.com/search/label/PERHATI
Comments (0)
Post a Comment