Tip Bahasa Melayu SPM 2009- Syair Kelebihan Ilmu
KELOMPOK PUISI ATAU SAJAK
Syair Kelebihan Ilmu
Baca puisi di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan sendiri.
SYAIR KELEBIHAN ILMU
Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.
Masa seorang ialah taulan,
Tema berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.
Ringkasan : Panduan Membuat Ringkasan
PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. (20 MARKAH )
1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
KARANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA VANDALISME
Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis
diperkatakan. Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh
remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada
setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu
permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak
sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang
melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan
perkataan ‘vandalisme’. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha
dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini? (82 patah perkataan)
Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting.
Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa
anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya
menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal
mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau
aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan
mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya
mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini,
tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi
amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan
kata orang-orang tua,“Sayangkan anak, tangan-tangankan”. (100 patah
perkataan)
Aspek-aspek Komsas BM PMR
1. Tema
– Pokok persoalan yang menjadi dasar sesuatu cerita secara langsung
atau tidak langsung. Dianggap sebagai gagasan, fikiran atau persoalan
utama yang mendasari sesuatu karya. Contoh tema novel Azfa Hanani ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa.
Senarai Judul KOMSAS Baharu Tingkatan 1 - 3
TINGKATAN 1 NOVEL:
BIL
| NOVEL | ZON |
1
| Hikmah | ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK |
2
| Sukar Membawa Tuah | ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA |
3
| Bukan Duniaku | ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN |
4
| Istana Menanti | ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. |
T1 ANTOLOGI KOMSAS – Kasut Kelopak Jantung