Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


Contoh Bahan Kertas 3 Sejarah SPM

0

Posted by Puan Ummi | Posted in , , ,

Contoh Bahan Kertas 3 Sejarah SPM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak calon SPM 2014, diharapkan anak-anak sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang besar dalam kehidupan anak-anak. Kertas 3 Sejarah...

  Sebenarnya anak-anak...Kertas 3 Sejarah SPM memberikan peluang kepada pelajar  calon SPM untuk mengumpul bahan dan maklumat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh peperiksaan tersebut dijalankan. Oleh itu, anak-anak SMK Lepar Hilir haruslah mencari dan mengumpul seberapa banyak maklumat ya.

Untuk anak-anak intervensi ummi dalam Tingkatan 4, berusahalah dari sekarang ya....Jangan malas-malas ke sekolah. 


APA ITU SENI KULINARI

0

Posted by Puan Ummi | Posted in , ,

APA ITU SENI KULINARI

Mungkin harini masih ramai orang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Seni Kulinari. Seni Kulinari adalah satu kursus dalam bidang masakan, penyediaan makanan, membuat pastri atau kek dan banyak lagi terutamanya ia tertumpu melakukan aktiviti di dapur. Kursus Seni Kulinari memberi ruang kepada sesiapa yang benar-benar berminat dalam bidang masakan, membuat kek dan penyediaan makanan untuk menigkatkan lagi kemahiran seseorang individu itu.
 
Kursus Seni Kulinari melahirkan golongan professional dalam bidang masakan seperti seorang chef, pengusaha katering dan usahawan yang berjaya dalam bidang seni kulinari. Dalam bidang ini sahaja, terdapat beberapa institusi-institusi telah membuka kursus ini seperti menawarkan sijil, diploma dan ijazah. Pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang ini, akan diajar dengan teliti untuk meningkatkan lagi mutu kemahiran memasak, membuat kek dan penyediaan makanan secara professional.


LEPASAN PT3 SENARAI PUSAT KEMAHIRAN BERTAULIAH

4

Posted by Puan Ummi | Posted in ,

LEPASAN PT3 SENARAI PUSAT KEMAHIRAN BERTAULIAH 

 Halatuju Selepas PT3.  Saya akan cuba updatekan dari semasa ke semasa senarai pusat kemahiran bertauliah khusus untuk remaja berusia 16 tahun ke atas.

[01]

GEMILANG MOTOR ACADEMY

No.22A, 24A & 26A, Jalan Ronggeng 3, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai Johor Bahru Johor
Tel No.:  07-5545488      

Fax No.:  07-5589788

Email: gemilangmotoracademy@gmail.com



Senarai Kursus:

·         Teknologi Automotif (Penyelenggaraan)




KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR (9 Januari 2015)

2

Posted by Puan Ummi | Posted in , , , ,

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR (9 Januari 2015)

 

Doa Menghadapi Ujian Banjir

0

Posted by Puan Ummi | Posted in , , , ,

Doa Menghadapi Ujian Banjir #prayforpantaitimur


بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum... Di kala musim tengkujuh yang melanda, ingin sy kongsikan himpunan doa-doa yang boleh kita sama-sama amalkan supaya kita semua dapat menghadapi musibah yang melanda ini dengan tenang dan semoga di jauhi segala kesusahan. Ibnu Qudamah dalam Al Mughni, 4/342 mengatakan, “Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ “Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dilaksanakan, dan [3] Sewaktu hujan turun.” Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al Umm dan Al Baihaqi dalam Al Ma ‘rifah dari Makhul secara mursal. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat hadis no. 1026 pada Shohihul Jami’) DOA KETIKA MENDENGAR GURUH Bermaksud: "Ya Allah, Sesungguhnya daku bermohon kepada Mu kebaikan angin ini, Kebaikan apa yang ada padanya, dan kebaikan apa yang di bawahnya, daku berlindung kepadaMu dari keburukannya, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang di bawahnya" (HR Bukhari 4/76 dan Muslim 2/616). DOA KETIKA HUJAN TERLALU LEBAT DITAKUTI MENDATANGKAN MUDHARAT (MENGALIHKAN HUJAN / SUPAYA HUJAN BERHENTI) اَللّهُمَّ حَوَالِيْنَاْ وَﻻَ عَلَيْنَاْ ، اَللّهُمَّ عَلـى اْﻻَ ٰكَاْمِ وَالْظَّرَابِ وَبُطُوْنِ اْﻷَوْدِيَةِ ، وَمَنَاْبِتِ الْشَّجَرِ Bermaksud: “Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, beberapa anak bukit, lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.” (Hadith Bukhari dan Muslim).

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Doa Menghadapi Ujian Banjir #prayforpantaitimur


Di kala musim tengkujuh yang melanda, ingin sy kongsikan himpunan doa-doa yang boleh kita sama-sama amalkan supaya kita semua dapat menghadapi musibah yang melanda ini dengan tenang dan semoga di jauhi segala kesusahan. Ibnu Qudamah dalam Al Mughni, 4/342 mengatakan, “Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ “Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dilaksanakan, dan [3] Sewaktu hujan turun.” Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al Umm dan Al Baihaqi dalam Al Ma ‘rifah dari Makhul secara mursal. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat hadis no. 1026 pada Shohihul Jami’) DOA KETIKA MENDENGAR GURUH Bermaksud: "Ya Allah, Sesungguhnya daku bermohon kepada Mu kebaikan angin ini, Kebaikan apa yang ada padanya, dan kebaikan apa yang di bawahnya, daku berlindung kepadaMu dari keburukannya, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang di bawahnya" (HR Bukhari 4/76 dan Muslim 2/616). DOA KETIKA HUJAN TERLALU LEBAT DITAKUTI MENDATANGKAN MUDHARAT (MENGALIHKAN HUJAN / SUPAYA HUJAN BERHENTI) اَللّهُمَّ حَوَالِيْنَاْ وَﻻَ عَلَيْنَاْ ، اَللّهُمَّ عَلـى اْﻻَ ٰكَاْمِ وَالْظَّرَابِ وَبُطُوْنِ اْﻷَوْدِيَةِ ، وَمَنَاْبِتِ الْشَّجَرِ Bermaksud: “Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, beberapa anak bukit, lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.” (Hadith Bukhari dan Muslim).

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Assalamualaikum... Di kala musim tengkujuh yang melanda, ingin sy kongsikan himpunan doa-doa yang boleh kita sama-sama amalkan supaya kita semua dapat menghadapi musibah yang melanda ini dengan tenang dan semoga di jauhi segala kesusahan. Ibnu Qudamah dalam Al Mughni, 4/342 mengatakan, “Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ “Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dilaksanakan, dan [3] Sewaktu hujan turun.” Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al Umm dan Al Baihaqi dalam Al Ma ‘rifah dari Makhul secara mursal. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat hadis no. 1026 pada Shohihul Jami’) DOA KETIKA MENDENGAR GURUH Bermaksud: "Ya Allah, Sesungguhnya daku bermohon kepada Mu kebaikan angin ini, Kebaikan apa yang ada padanya, dan kebaikan apa yang di bawahnya, daku berlindung kepadaMu dari keburukannya, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang di bawahnya" (HR Bukhari 4/76 dan Muslim 2/616). DOA KETIKA HUJAN TERLALU LEBAT DITAKUTI MENDATANGKAN MUDHARAT (MENGALIHKAN HUJAN / SUPAYA HUJAN BERHENTI) اَللّهُمَّ حَوَالِيْنَاْ وَﻻَ عَلَيْنَاْ ، اَللّهُمَّ عَلـى اْﻻَ ٰكَاْمِ وَالْظَّرَابِ وَبُطُوْنِ اْﻷَوْدِيَةِ ، وَمَنَاْبِتِ الْشَّجَرِ Bermaksud: “Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, beberapa anak bukit, lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.” (Hadith Bukhari dan Muslim).

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Disember datang lagi. Biasanya Bulan Disember dikaitkan dengan musim tengkujuh khususnya negeri-negeri di #pantaitimur (Pantai Timur Semenanjung Malaysia).

 Hujan itu adalah suatu rahmat. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar,  maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah سبحانه وتعالى.

Taklimat Kolej Komuniti Kuantan di SMK Lepar Hilir 2014

0

Posted by Puan Ummi | Posted in

Taklimat Kolej Komuniti Kuantan di SMK Lepar Hilir 2014




Alhamdulillah pada Hari Rabu, 24 Julai 2014 bermula 9.00 pagi hingga 10.20 pagi telah berlangsung Taklimat Program Kolej-kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah telah menjemput Kolej Komuniti Kuantan yang kebetulan telah menghubungi saya bagi mencari lepasan SPM 2013 yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti Kuantan.

Powered by Blogger.