Doa Untuk MH370

Doa Untuk MH370
MAS MH370

PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR

 Ringkasan : Panduan Membuat Ringkasan 


PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. (20 MARKAH )

1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). 
 
2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan. 
 
3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja. 
 
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan
-          menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
-          Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.

6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).
7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.


Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari. Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll. Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll Tarikh- 20 April 2007 Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll 


8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan. 


9. Pemarkahan ringkasan. Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah. Bahasa ( 10 markah ). - Bahasa amat baik dan cukup lancar. - Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis. - Penanda wacana yang sesuai. - Ejaan dan tanda baca yang betul. 


10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan - Bahasa kurang lancar. - Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara. - Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal. - Melebihi 80 patah perkataan. - Isi kurang. - Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah anda akan ditolak sebanyak 50%.


11. Contoh soalan ringkasan 3:
-          Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat.

-          Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ).

-          Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar.

-          Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor para pelajar kurang berminat untuk mengunjungi perpustakaan di sekolah.

-          Tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk mencapai kegemilangan sukan di negara kita.






Comments (0)

Post a Comment

Powered by Blogger.