SEJARAH SPM 2013 CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Alhamdulillah 17 Ramdhan 1434 bersamaan 26 Julai 2013, SMK Lepar Hilir yang terletak di Gambang, Kuantan Pahang sedang Cuti Umum. Di kesempatan hari cuti ini saya mengemaskini kesemua blog-blog pendidikan yang saya kendalikan dan yang Puan Siti Mariam Binti Baharudin amanahkan saya kendalikan.
Alhamdulillah sejak blog ini dibina hanya beberapa bulan telah ada lebih 20 ribu pengunjung ke blog ini. Bagi saya ia satu jumlah yang banyak kerana saya tiadak mempunyai masa untuk 'berblogwalking' memperkenalkan blog ini ke khalayak pelayar internet. Ini kerana saya perlu uatamakan tugas hakiki saya di alam nyata. Cuma harapans aya sudi kiranya kepada pelayar blog ini tinggalkan komen membina di sini, kerana berdasarkan statistik blog ini, ramai pelayar blog ini yang telah mendapat manfaat. Bahan di blog ini juga sedia untuk dicopy paste asalkan untuk tujuan pendidikan.
Di sini ada soalan Sejarah.
Kepada
pelajar-pelajar SMKLH pelayar blog cikgukaunseling, semoga entry ini bermanfaat.
Soalan Sejarah SPM 2009 Contoh Jawapan Esei untuk SPM 2009
(a) Bagaimanakah kerajaan Abbasiyah berjaya diasaskan pada tahun 750 M? [6 markah]
Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 Masihi bersamaan 132 Hijrah dengan
pertolongan pelbagai pihak, terutamanya puak Syiah melalui suatu revolusi yang
dipanggil Revolusi Abbaysiyah.
Pada peringkat awal gerakan ini telah ditaja oleh Ali bin Abdullah yang bergerak
secara sulit.Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dijalankan
secara terbuka.
Golongan telah menggunakan nama Ahlul Bait ( keluarga Nabi Muhammad s.a.w ) untuk
mendapatkan sokongan.
Bandar Khurasan,Kufah dan Humaimah telah dijadikan sebagai pusat operasi.
Revolusi ini mula dipimpin oleh Abu Muslim al-Khurasani dan berpusat di Khurasan dan
Salamah al-Khallal yang berpusat di Kufah.
Pada tahun 750 Masihi, mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyyah dan mendirikan kerajaan baru yang dipanggil kerajaan Abbasiyah.