Permohonan Ke Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Lepasan PT3 2015
0
Posted by Puan Ummi | Posted in Halatuju Kerjaya Selepas PT3 , Kaunseling Kerjaya , Unit Bimbingan dan Kaunseling
Saya Telah Berpindah Maaf Saya Tidak Sempat Membalas Komen dan mengemaskini blog
Contoh Bahan Kertas 3 Sejarah SPM
APA ITU SENI KULINARI
Mungkin harini masih ramai orang tidak mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan Seni Kulinari. Seni Kulinari adalah satu kursus dalam
bidang masakan, penyediaan makanan, membuat pastri atau kek dan banyak
lagi terutamanya ia tertumpu melakukan aktiviti di dapur. Kursus Seni
Kulinari memberi ruang kepada sesiapa yang benar-benar berminat dalam
bidang masakan, membuat kek dan penyediaan makanan untuk menigkatkan
lagi kemahiran seseorang individu itu.
Kursus Seni Kulinari melahirkan golongan professional dalam bidang
masakan seperti seorang chef, pengusaha katering dan usahawan yang
berjaya dalam bidang seni kulinari. Dalam bidang ini sahaja, terdapat
beberapa institusi-institusi telah membuka kursus ini seperti menawarkan
sijil, diploma dan ijazah. Pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang
ini, akan diajar dengan teliti untuk meningkatkan lagi mutu kemahiran
memasak, membuat kek dan penyediaan makanan secara professional.