Teknik Nabi Muhammad Mendorong Perubahan Tingkah Laku
Assalamuaikum dan selamat sejahtera.Di sekolah baru saya ini, sistem e-Disiplin telah dilaksanakan sejak sebelum saya datang ke sini. Tapi saya tak boleh nak access ke sebab nama saya masih di sekolah lama pada tahun 2010 dulu. Jadi, saya kena cari sendiri student yang mempunyai masalah disiplin atau mereka sendiri sukarela datang berjumpa saya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada anak-anak yang percaya kepada unit ini dan sudi berkongsi pelbagai perkara dnegan saya.
Dalam sesi saya sama ada individu dan kelompok, saya suka pada Teori Kaunseling Teknik Nabi Muhammad. Salah satu teori dan metodologi ialah dengan teknik Mendorong Pelajar Corot, sebaliknya Memuji Kebaikan Pelajar. Tapi kan sebagai Guru Kaunseling saya kena rahsiakan banyak perkara berkaitan klien-klien/pelajar saya. Etika kaunseling ialah kerahsiaan,kan?
Cuma yang ingin saya kongsikan di sini ialah betapa Rasululluah SAW itu memanglah IKON TERUNGGUL sepanjang zaman. Sehinggakan dalam era moden generasi x dan Y ini, peribadi Nabi Muhammad SAW tetap kongruen. Alhamdulillah, di kebanyakan sesi kaunseling saya yang saya aplikasikan Teknik Nabi Muhammad Mendorong
Perubahan Tingkah Laku Alhamdulillah klien-klien telah berubah.
Ketika sekolah saya kekurangan guru dan saya diminta mengajar sebuah kelas, saya juga mengaplikasikannya di dalam kelas saya. Syukur saya pada Allah, daripada situ saya dapati sebenarnrnya anak-anak kita berpotensi untuk lebih cemerlang lagi. InshaAllah. Disebabkan saya terikat dnegan etika sebagai kaunselor, jadi saya cuba cari guru-guru yang bukan kaunselor yang gunakan teknik ini.
Jom kita share pengalaman mereka:
Teknik Nabi Muhammad Mendorong Perubahan Tingkah Laku
Salah satu teknik Mendorong Pelajar Corot ialah Teknik Guru Tutup Mata pada Kesalahan, Sebaliknya Memuji Kebaikan Pelajar. Maka saya bereksperimen untuk merasai keberkesanan teknik itu. Mulanya memang janggal rasanya. Ditengah-tengah panas terik mentari dengan juraian peluh membasahi baju untuk senyum dan memberi pujian kepada pelajar memang suatu yang janggal. Kebiasaannya memang saya tidak suka untuk berdiri di pintu pagar sekolah menyambut kedatangan pelajar.
Pada hari itu, saya memuji dua orang pengawas sekolah yang bertugas di pintu pagar sekolah. Saya lihat dua orang pelajar ini sangat dedikasi menjalankan tugas. Setiap hari senarai nama pelajar lewat pasti akan diperolehi.
Saya : Cikgu kagum dengan anda berdua. Setiap hari bertugas dengan penuh dedikasi dan sabar menyambut kehadiran pelajar di sini.(pujian) Anda berdua banyak membantu cikgu.(impak kepada guru).
Pelajar : Terima kasih cikgu. Namun cikgu ada pelajar yang berkereta, ibubapanya terus masuk ke dalam kawasan sekolah. Nama pelajar tersebut tidak saya catitkan. Cikgu, ada juga pelajar yang apabila saya minta mereka tulis nama, mereka marah saya semula. Ada juga pelajar yang ponteng. Namanya xxxx. Pelajar-pelajar yang lewat ini cikgu, mereka pergi ke CyberCafe. Setiap hari sengaja lewat.Ini cikgu senarai pelajar lewat.
Saya: Maklumat-maklumat yang awak kongsikan tadi sangat berguna.(Pujian) Cikgu akan ambil tindakan.(Impak kepada guru) Anda berdua menjalankan tugas pengawas dengan amat baik, saya suka sikap dedikasi dan disiplin anda.(Pujian) Anda berdua telah banyak membantu pihak sekolah.(impak kepada sekolah) Apabila anda terus bersikap dedikasi dan disiplin anda boleh menjadi pengawas cemerlang.(impak kepada pelajar)
Saya pun berdiri sama dengan pengawas itu. Apabila pelajar lewat datang menghampiri pagar sekolah, saya ucapkan skrip kata-kata Teknik Guru Tutup Mata pada Kesalahan, Sebaliknya Memuji Kebaikan Pelajar.
"Selamat petang, selamat datang ke sekolah. Bagus! anda berusaha hadir ke sekolah.(pujian) Cikgu gembira.(impak kepada guru) Apabila awak datang ke sekolah, awak dapat belajar."(impak kepada pelajar)
Kemudian, ada pula PRS saya yang datang lewat. Saya gunakan Teknik Guru Tidak Menegur ataupun Mengkritik Kesalahan Pelajar. Saya diam sahaja. PRS saya itu pula tertunduk-tunduk malu. Diam itu lebih baik daripada saya berkata-kata yang mungkin boleh mengguris hati PRS saya.
Mudah dan rasa sangat bermanfaat kepada diri saya. Saya pun sudah mula seronok untuk bertugas di pintu pagar sekolah menyambut kedatangan pelajar.
Apakah yang terjadi kepada PRS saya yang lewat itu. InsyaAllah saya akan kongsikan di posting yang akan datang.
*Di bawah ini merupakan posting yang saya ambil petikannya dari blog cikgu Khairulaniza.
Teknik Tidak Menyiasat Kesalahan
Pelajar-pelajar corot lazimnya bukan hanya corot dalam prestasi
akademik, mereka juga banyak melakukan kesalahan melanggar peraturan
sekolah, seperti datang lambat, ponteng, buat bising, melawan guru,
bergaduh dengan rakan sekolah, tidak membawa buku, tidak menyiapkan
kerja rumah dan banyak lagi.
Dalam amalan lazim, apabila pelajar corot melakukan kesalahan, langkah
pertama yang dilakukan oleh guru adalah bertanya kepada pelajar itu apa
yang mendorong dia melakukan kesalahannya. Tujuannya adalah bagi
menyiasat latar belakang di sebalik kesalahan itu. Sebagai contoh guru
akan bertanya:
"Kenapa kamu bertumbuk tadi?" (SALAH)
"Kenapa kamu tidak memakai kasut?" (SALAH)
"Kenapa kamu tidak siapkan kerja rumah?" (SALAH)
"Kenapa kamu selalu mengantuk di dalam kelas?" (SALAH)
"Kenapa kamu tidak datang kelas tambahan semalam?" (SALAH)
Teknik Nabi Muhammad: Nabi Muhammad tidak bertanya
"Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak
menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan. Dalam hadith di bawah
ini, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan
1. Lelaki itu datang lambat.
2. Dia bercakap kuat di dalam masjid.
3. Apabila ditanya dia tidak mengaku.
Nabi Muhammad tidak bertanya:
"Mengapa kamu datang lambat?" (SALAH)
"Mengapa kamu buat bising sedangkan orang lain sedang sembahyang?" (SALAH)
"Mengapa kamu tidak menjawab apabila saya tanya? Kamu takut saya akan marahi kamukah?" (SALAH)
Dari satu segi Nabi Muhammad macam pura-pura tidak nampak semua kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu.
Hadith rujukan: '12 Malaikat'
Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan
dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan
nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu
sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban
mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya,
“Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada
diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya
lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia
tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki
berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya
ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh,
saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata
itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Nota: 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' bermakna 'Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.'
Comments (0)
Post a Comment