Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


Mari Baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Muharram

Mari Baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Muharram



Hari ini merupakan hari terakhir dalam Kelender Bulan ke 12 Tahun Islam 1434 Hijriah. 
Bersama kita membaca doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar petang ini atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.  

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .



 

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".  






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِى عَنْهُ فَلَمْ اَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلِمْتَ عَلَىَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِى وَدَعَوْتَنِى اِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جَرَا ئَتِى عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّى اَسْتَغْفِرُكَ فَغْفِرْلِى وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِى عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَاَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ يَاكَرِيْمُ يَاذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ اَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّى وَلاَ تَقْطَعَ رَجَائِى مِنْكَ يَاكَرِيْمُ وَصَلَى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Dengan menyebut asma Alloh Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Alloh tetap melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan dan penghulu kita Muhammad beserta keluarga dan sahabat beliau.
Ya Alloh ! Apa yang saya lakukan pada tahun ini tentang sesuatu yang Engkau larang aku melakukannya, kemudian belum bertaubat, padahal Engkau tidak meridloi (merelakannya), tidak melupakannya dan Engkau bersikap lembut kepadaku setelah Engkau berkuasa menyiksaku dan Engkau seru aku untuk bertaubat setelah aku melakukan kedurhakaan kepada MU, maka sungguh aku mohon ampun kepada MU, ampunilah aku !
Dan apapun yang telah aku lakukan dari sesuatu yang Engkau ridloi dan Engkau janjikan pahala kepadaku, maka aku mohon kepada MU ya Alloh, Dzat Yang Maha Pemurah, Dzat Yang Maha Luhur lagi Mulia, terimalah persembahanku dan janganlah Engkau putus harapanku dari MU, wahai Dzat Yang Maha Pemurah!
Semoga Alloh tetap melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kita Muhammad beserta keluarga dan sahabat beliau.

دعاء اولتهون
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ اَللَّهُمَّ اَنْتَ اْلاَ بَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلاَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَكَرَمِ جُوْدِكَ الْمُعَوَّلُ وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ اَقْبَلَ اَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَ اَوْلِيَائِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلاَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنِى اِلَيْكَ زُلْفَى يَاذَالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ وَصَلَى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Dengan menyebut asma Alloh Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Alloh tetap melimpahkan rahmat dan salam (belas kasihan dan kesejahteraan) kepada junjungan dan penghulu kita Muhammad beserta keluarga dan sahabat Beliau.
Ya Alloh ! Engkau Dzat Yang Kekal, yang tanpa Permulaan, Yang Awal (Pertama) dan atas kemurahan MU yang agung dan kedermawanan MU yang selalu berlebih, ini adalah tahun baru telah tiba : kami mohon kepada MU pada tahun ini agar terhindar (terjaga) dari godaan syetan dan semua temannya serta bala tentara (pasukannya), dan (kami mohon) pertolongan dari godaan nafsu yang selalu memerintahkan (mendorong) berbuat kejahatan, serta (kami mohon) agar kami disibukkan dengan segala yang mendekatkan diriku kepada MU dengan sedekat-dekatnya. Wahai Dzat Yang Maha Luhur lagi Mulia, wahai Dzat Yang Maha Belas Kasih!
Semoga Alloh selalu melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan dan penghulu kita Muhammad beserta keluarga dan sahabat beliau. Semoga Alloh mengabulkan permohonan kami.









Comments (0)

Post a Comment

Powered by Blogger.