Followers
Sejarah Kewujudan Blog Ini
Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.
Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.
Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.
Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.
Posted by Puan Ummi | Posted in Contoh Soalan Sejarah , Sejarah , Sejarah Tingkatan 5 , Sejarah Tingkatan 4
Contoh Bahan Kertas 3 Sejarah SPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak calon SPM 2014, diharapkan anak-anak sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang besar dalam kehidupan anak-anak. Kertas 3 Sejarah...
Sebenarnya anak-anak...Kertas 3 Sejarah SPM memberikan peluang kepada pelajar calon SPM untuk mengumpul bahan dan maklumat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh peperiksaan tersebut dijalankan. Oleh itu, anak-anak SMK Lepar Hilir haruslah mencari dan mengumpul seberapa banyak maklumat ya.
Untuk anak-anak intervensi ummi dalam Tingkatan 4, berusahalah dari sekarang ya....Jangan malas-malas ke sekolah.
Posted by Puan Ummi | Posted in Halatuju Kerjaya Selepas PT3 , Kaunseling Kerjaya , Unit Bimbingan dan Kaunseling
APA ITU SENI KULINARI
Mungkin harini masih ramai orang tidak mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan Seni Kulinari. Seni Kulinari adalah satu kursus dalam
bidang masakan, penyediaan makanan, membuat pastri atau kek dan banyak
lagi terutamanya ia tertumpu melakukan aktiviti di dapur. Kursus Seni
Kulinari memberi ruang kepada sesiapa yang benar-benar berminat dalam
bidang masakan, membuat kek dan penyediaan makanan untuk menigkatkan
lagi kemahiran seseorang individu itu.
Kursus Seni Kulinari melahirkan golongan professional dalam bidang
masakan seperti seorang chef, pengusaha katering dan usahawan yang
berjaya dalam bidang seni kulinari. Dalam bidang ini sahaja, terdapat
beberapa institusi-institusi telah membuka kursus ini seperti menawarkan
sijil, diploma dan ijazah. Pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang
ini, akan diajar dengan teliti untuk meningkatkan lagi mutu kemahiran
memasak, membuat kek dan penyediaan makanan secara professional.
Posted by Puan Ummi | Posted in Halatuju Kerjaya Selepas PT3 , Unit Bimbingan dan Kaunseling
LEPASAN PT3 SENARAI PUSAT KEMAHIRAN BERTAULIAH
Halatuju Selepas PT3. Saya akan cuba updatekan dari semasa ke semasa senarai pusat kemahiran bertauliah khusus untuk remaja berusia 16 tahun ke atas.
Tel No.: 07-5545488
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR (9 Januari 2015)
2
Posted by Puan Ummi | Posted in #banjir , #flood , #prayforpahang , #prayforpantaitimur , Pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR (9 Januari 2015)
Posted by Puan Ummi | Posted in #banjir , #flood , #prayforpahang , #prayforpantaitimur , Doa
Doa Menghadapi Ujian Banjir #prayforpantaitimur
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win






