Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


Teknik Nabi Muhammad Mendorong Perubahan Tingkah Laku

Teknik Nabi Muhammad Mendorong Perubahan Tingkah Laku 

Assalamuaikum dan selamat sejahtera.Di sekolah baru saya ini, sistem e-Disiplin telah dilaksanakan sejak sebelum saya datang ke sini. Tapi saya tak boleh nak access ke  sebab nama saya masih di sekolah lama pada tahun 2010 dulu. Jadi, saya kena cari sendiri student yang mempunyai masalah disiplin atau mereka sendiri sukarela datang berjumpa saya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada anak-anak yang percaya kepada unit ini dan sudi berkongsi pelbagai perkara dnegan saya.

Dalam sesi saya sama ada individu dan kelompok, saya suka pada Teori Kaunseling Teknik Nabi Muhammad. Salah satu teori dan metodologi ialah dengan teknik Mendorong Pelajar Corot, sebaliknya Memuji Kebaikan Pelajar. Tapi kan sebagai Guru Kaunseling saya kena rahsiakan banyak perkara berkaitan klien-klien/pelajar saya. Etika kaunseling ialah kerahsiaan,kan?

Cuma yang ingin saya kongsikan di sini ialah betapa Rasululluah SAW itu memanglah IKON TERUNGGUL sepanjang zaman. Sehinggakan dalam era moden generasi x dan Y ini, peribadi Nabi Muhammad SAW tetap kongruen.  Alhamdulillah, di kebanyakan sesi kaunseling saya yang saya aplikasikan  Teknik Nabi Muhammad Mendorong Perubahan Tingkah Laku Alhamdulillah klien-klien telah berubah.
Ketika sekolah saya kekurangan guru dan saya diminta mengajar sebuah kelas, saya juga mengaplikasikannya di dalam kelas saya. Syukur saya pada Allah, daripada situ saya dapati sebenarnrnya anak-anak kita berpotensi untuk lebih cemerlang lagi. InshaAllah. Disebabkan saya terikat dnegan etika sebagai kaunselor, jadi saya cuba cari guru-guru yang bukan kaunselor yang gunakan teknik ini.

 Jom kita share pengalaman mereka:

Teknik Nabi Muhammad Mendorong Perubahan Tingkah Laku

Di sekolah saya, sistem demerit ini sangat diamalkan. Pelajar lewat, melawan guru, tidak menyiapkan latihan akan dikenakan demerit. Saya merupakan guru yang tidak suka memberikan demerit kepada pelajar. Namun kerana tugas saya di pintu pagar sekolah, saya diminta untuk memberi demerit kepada pelajar lewat. Pengawas yang bertugas akan mengambil nama pelajar lewat. Ini adalah amalan lazim.




Salah satu teknik Mendorong Pelajar Corot ialah Teknik Guru Tutup Mata pada Kesalahan, Sebaliknya Memuji Kebaikan Pelajar. Maka saya bereksperimen untuk merasai keberkesanan teknik itu. Mulanya memang janggal rasanya. Ditengah-tengah panas terik mentari dengan juraian peluh membasahi baju untuk senyum dan memberi pujian kepada pelajar memang suatu yang janggal. Kebiasaannya memang saya tidak suka untuk berdiri di pintu pagar sekolah menyambut kedatangan pelajar.

Pada hari itu, saya memuji dua orang pengawas sekolah yang bertugas di pintu pagar sekolah. Saya lihat dua orang pelajar ini sangat dedikasi menjalankan tugas. Setiap hari senarai nama pelajar lewat pasti akan diperolehi.

Saya : Cikgu kagum dengan anda berdua. Setiap hari bertugas dengan penuh dedikasi dan sabar menyambut kehadiran pelajar di sini.(pujian) Anda berdua banyak membantu cikgu.(impak kepada guru).

Pelajar :
Terima kasih cikgu. Namun cikgu ada pelajar yang berkereta, ibubapanya terus masuk ke dalam kawasan sekolah. Nama pelajar tersebut tidak saya catitkan. Cikgu, ada juga pelajar yang apabila saya minta mereka tulis nama, mereka marah saya semula. Ada juga pelajar yang ponteng. Namanya xxxx. Pelajar-pelajar yang lewat ini cikgu, mereka pergi ke CyberCafe. Setiap hari sengaja lewat.Ini cikgu senarai pelajar lewat.

Saya: Maklumat-maklumat yang awak kongsikan tadi sangat berguna.(Pujian) Cikgu akan ambil tindakan.(Impak kepada guru) Anda berdua menjalankan tugas pengawas dengan amat baik, saya suka sikap dedikasi dan disiplin anda.(Pujian) Anda berdua telah banyak membantu pihak sekolah.(impak kepada sekolah) Apabila anda terus bersikap dedikasi dan disiplin anda boleh menjadi pengawas cemerlang.(impak kepada pelajar)


Saya pun berdiri sama dengan pengawas itu. Apabila pelajar lewat datang menghampiri pagar sekolah, saya ucapkan skrip kata-kata  Teknik Guru Tutup Mata pada Kesalahan, Sebaliknya Memuji Kebaikan Pelajar.



"Selamat petang, selamat datang ke sekolah. Bagus! anda berusaha hadir ke sekolah.(pujian) Cikgu gembira.(impak kepada guru) Apabila awak datang ke sekolah, awak dapat belajar."(impak kepada pelajar)

Kemudian, ada pula PRS saya yang datang lewat. Saya gunakan Teknik Guru Tidak Menegur ataupun Mengkritik Kesalahan Pelajar. Saya diam sahaja. PRS saya itu pula tertunduk-tunduk malu. Diam itu lebih baik daripada saya berkata-kata yang mungkin boleh mengguris hati PRS saya.


Mudah dan rasa sangat bermanfaat kepada diri saya. Saya pun sudah mula seronok untuk bertugas di pintu pagar sekolah menyambut kedatangan pelajar.

Apakah yang terjadi kepada PRS saya yang lewat itu. InsyaAllah saya akan kongsikan di posting yang akan datang.


*Di bawah ini merupakan posting yang saya ambil petikannya dari blog cikgu Khairulaniza.
 Teknik Tidak Menyiasat Kesalahan

Pelajar-pelajar corot lazimnya bukan hanya corot dalam prestasi akademik, mereka juga banyak melakukan kesalahan melanggar peraturan sekolah, seperti datang lambat, ponteng, buat bising, melawan guru, bergaduh dengan rakan sekolah, tidak membawa buku, tidak menyiapkan kerja rumah dan banyak lagi.


Dalam amalan lazim, apabila pelajar corot melakukan kesalahan, langkah pertama yang dilakukan oleh guru adalah bertanya kepada pelajar itu apa yang mendorong dia melakukan kesalahannya. Tujuannya adalah bagi menyiasat latar belakang di sebalik kesalahan itu. Sebagai contoh guru akan bertanya:


"Kenapa kamu bertumbuk tadi?" (SALAH)

"Kenapa kamu tidak memakai kasut?" (SALAH)

"Kenapa kamu tidak siapkan kerja rumah?" (SALAH)

"Kenapa kamu selalu mengantuk di dalam kelas?" (SALAH)

"Kenapa kamu tidak datang kelas tambahan semalam?" (SALAH)


Teknik Nabi Muhammad: Nabi Muhammad tidak bertanya "Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan. Dalam hadith di bawah ini, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan

1. Lelaki itu datang lambat.

2. Dia bercakap kuat di dalam masjid.

3. Apabila ditanya dia tidak mengaku.


Nabi Muhammad tidak bertanya:

"Mengapa kamu datang lambat?" (SALAH)

"Mengapa kamu buat bising sedangkan orang lain sedang sembahyang?" (SALAH)

"Mengapa kamu tidak menjawab apabila saya tanya? Kamu takut saya akan marahi kamukah?" (SALAH)

Dari satu segi Nabi Muhammad macam pura-pura tidak nampak semua kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu.


Hadith rujukan: '12 Malaikat'

Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim


Nota: 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' bermakna 'Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.'

Comments (0)

Post a Comment

Powered by Blogger.