Taklimat Kolej Komuniti Kuantan di SMK Lepar Hilir 2014
Alhamdulillah pada Hari Rabu, 24 Julai 2014 bermula 9.00 pagi hingga 10.20 pagi telah berlangsung Taklimat Program Kolej-kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah telah menjemput Kolej Komuniti Kuantan yang kebetulan telah menghubungi saya bagi mencari lepasan SPM 2013 yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti Kuantan.
Program Jatidiri dan Halatuju Tingkatan 3 SMK Lepar Hilir
- Taklimat Kemasukan ke Kolej Vokasional Calon PT3
Alhamdulillah pada Hari Selasa, 23 Julai 2014, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Kumpulan Cemerlang SMK Lepar Hilir telah mengadakan Program Taklimat Kemasukan ke Kolej Vokasional Calon PT3.
Tujuan kami mengadakan program ini adalah agar anak-anak SMK Lepar Hilir dapat menyemaikan halatuju yang jelas selepas Peperiksaan PT3 nanti.
Program bermula dari pukul 8.20-9.20 pagi di Dewan Bestari SMK Lepar Hilir. Pada pukul 9.30 hingga 10.30 pagi pula saya mengadakan program Jati Diri kepada semua pelajar Tingkatan 3 samada dari kelas 3Sejahtera, 3 Maju, 3 Luhur dan 3 Pintar.